Wednesday, June 29, 2011

Pengajaran Daripada Isra’ Dan Mi’raj



Assalamualaikum dan salam 1Malaysia,

-korang tawu x..arini 27 Rejab,merupakan peristiwa penting yang selalu dirayakan setiap tahun oleh seluruh umat Islam...hihi..

-selamat membaca..:)

Ulama’ sirah bersepakat bahawa mu’jizat Isra’ dan Mi’raj berlaku selepas dakwah Nabi Muhammad SAW di Thaif, dan selepas dihalau oleh penduduknya dengan dahsyat sehingga Nabi SAW menganggap hari tersebut lebih teruk dari kesusahan Perang Uhud dengan apa yang berlaku pada hari itu. Hal ini jelas seperti yang diriwayatkan dalam kitab Sohih Bukhori bahawa sesungguhnya Nabi SAW pernah ditanya oleh Saidatina Aisyah RA:

“Wahai Rasulullah! Adakah hari yang lebih dahsyat bagimu dari hari Uhud?” Baginda SAW menjawab dengan bersabda: “Sungguh aku telah menerima daripada kaummu apa yang aku terima. Dan perkara paling teruk yang aku terima daripada mereka ialah pada hari Al-Aqabah, ketika aku bertemu dengan anak “Abdu Yalil Bin Abdu Kalal” tetapi dia tidak memenuhi harapanku, maka aku berlalu dengan kesedihan yang jelas diwajahku sehingga aku tidak sedar melainkan ketika aku berada di “Qarnussa’alib”, aku mengangkat kepalaku, tiba-tiba terdapat awan yang melindungiku, aku memerhatikannya, tiba-tiba terdapat Jibril di situ maka dia memanggilku seraya berkata: Sesungguhnya Allah mendengari kata-kata kaummu kepadamu, dan apa yang mereka jawab, dan sesungguhnya telah diutuskan kepadamu malaikat yang menjaga gunung-ganang supaya engkau memerintahkannya dengan apa sahaja yang engkau kehendaki terhadap mereka. Maka malaikat yang menjaga gunung memanggilku, lalu memberi salam kepadaku seraya berkata: Wahai Muhammad! Apakah perkara yang engkau inginkan? Kalau engkau mahu, akan aku hempapkan ke atas mereka kedua-dua bukit tersebut… Maka Nabi SAW bersabda: Bahkan aku berharap agar Allah mengeluarkan dari sulbi-sulbi mereka orang yang hanya menyembahNya dan tidak mensyirikkanNya dengan sesuatu pun.”

Sesungguhnya Nabi SAW telah berhina diri di hadapan Allah selepas baginda keluar dari Thaif, dan mengadu kepada Allah tentang kelemahannya dan akan halnya yang kehilangan pembantu dan penolong, maka Allah mengurniakan kepadanya kecerdikan mentadbir untuk memasuki Makkah dengan selamat. Kemudian Allah memuliakan baginda dan memberi kerehatan jiwa dan ketenangan dengan bertemu Allah SWT ketika malam Isra’ dan Mi’raj. Sesungguhnya keteguhan baginda SAW menghadapi peristiwa-peristiwa yang berlaku di Makkah dari usaha-usaha untuk mengepung dakwah pada permulaannya dan berdirinya Quraisy sebagai batu penghalang telah menyebabkan baginda terdedah kepada kebencian, tuduhan dan ancaman yang hebat. Dan menyebabkan orang-orang beriman ditimpa sedahsyat-dahsyat ujian, sehingga mereka tidak pernah merasakan kerehatan sejak mereka beriman dengan baginda Ar-Rasul SAW. Firman Allah SWT telah menjelaskan kepada kita bahawa hikmah daripada peristiwa Isra’ itu ialah Allah SWT ingin menunjukkan kepada hambanya (Nabi Muhammad SAW) sebahagian daripada tanda-tanda kebesarannya, Allah berfirman:

سُبْحَانَ الَّذِي أَسْرَى بِعَبْدِهِ لَيْلاً مِّنَ الْمَسْجِدِ الْحَرَامِ إِلَى الْمَسْجِدِ الأقْصَى الَّذِي بَارَكْنَا حَوْلَهُ لِنُرِيَهُ مِنْ آيَاتِنَا إِنَّهُ هُوَ السَّمِيعُ الْبَصِيرُ

Yang bermaksud: Maha Suci Allah yang memperjalankan hambanya pada waktu malam daripada Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa yang kami berkati sekelilingnya supaya kami menunjukkan kepadanya di antara tanda-tanda kebesaran kami, sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Melihat. (Surah Al Isra’: 1)

Antara Pengajaran Isra’ Dan Mi’raj

Isra’ dan Mi’raj merupakan ujian bagi orang-orang islam dan bertujuan membersihkan saf mereka, kerana ketika diberitakan kepada kaum Quraisy tentang Isra’ dan Mi’raj maka sebahagian daripada orang-orang Islam teruji iman mereka malah ada di kalangan mereka yang murtad. Imam Ibnu Kathir meriwayatkan dari Qatadah bahawa: “Nabi SAW pergi ke Makkah dan memberitahu orang-orang Quraisy tentang perkara tersebut (Isra’ dan Mi’raj), maka ramai manusia yang mendustakan baginda SAW, dan sebahagian lagi murtad, sedangkan Abu Bakar As-Siddiq RA segera membenarkan baginda SAW, dan beliau bertanya kepada baginda SAW tentang sifat Baitul Maqdis, seraya berkata, “Sesungguhnya aku membenarkannya tentang berita langit pada waktu pagi dan petang, maka tidakkah patut aku membenarkannya tentang pengkhabaran Baitul Maqdis?” Maka sejak peristiwa tersebut beliau digelar sebagai sebagai As-Siddiq. Demikianlah Isra’dan Mi’raj sebagai satu peristiwa yang penuh dengan keindahan dan mukjizat, ia adalah antara tanda-tanda kekuasaan Allah SWT yang sudah tentu tidak mampu dikalahkan oleh sesiapa pun sama ada di bumi mahupun di langit, dan di antara pengajaran Isra’dan Mi’raj ialah:

  1. Menguji kebenaran iman orang-orang yang beriman.
  2. Membersihkan saf mereka daripada orang-orang yang lemah iman dan tidak yakin dengan kebenaran Nabi SAW.
  3. Menguji keyakinan dan keteguhan iman di dalam jiwa mereka, kerana peristiwa tersebut di luar jangkauan akal manusia, ia memerlukan kepada mu’min yang benar dalam imannya, tidak ada sesuatu pun yang mampu menggoyangkan keyakinannya walau sebesar dan sedahsyat mana pun perkara itu.

Isra’ dan Mi’raj berlaku sebelum peristiwa hijrah ke Madinah dan sebelum peninggalan rumah-rumah dan tanah air, supaya ia menjadi ujian dan latihan bagi orang-orang mu’min untuk mentaati Allah Azza Wajalla, kerana hijrah adalah satu peringkat yang baru, yang mana seluruhnya adalah jihad dan pengorbanan di jalan Allah sebagaimana firman Allah SWT yang bermaksud:

“Sesungguhnya orang-orang yang mukmin (yang sebenar) ialah mereka yang beriman dengan Allah SWT dan RasulNya kemudian mereka tidak ragu dan berjihad dengan harta dan jiwa mereka di jalan Allah, mereka itulah orang-orang yang benar.” (Al Hujurat : 15)

Kewajipan Berjihad Di Jalan Allah

Isra’ dan Mi’raj adalah pengumuman kepada seluruh dunia bahawa Rasulullah SAW merupakan Nabi kepada dua kiblat (Masjidil Haram dan Masjidil Aqsa) dan Imam kepada timur dan barat serta pewaris bagi para nabi sebelumnya dan contoh tauladan kepada generasi selepasnya.

تَبَارَكَ الَّذِي نَزَّلَ الْفُرْقَانَ عَلَى عَبْدِهِ لِيَكُونَ لِلْعَالَمِينَ نَذِيرًا

Yang bermaksud: “Maha suci Allah yang telah menurunkan Al-Quran kepada hambanya agar dia menjadi pemberi peringatan kepada seluruh alam ” (Al Furqan: 1)

Ketahuilah bahawa menjadi satu perkara yang besar, pelik dan bahaya untuk kita bercakap atau menulis tentang peristiwa Isra’ dan Mi’raj, sedangkan bumi Isra’dan Mi’raj, laluan penghulu segala makhluk SAW dan tempat baginda mengimami para Anbiya’ berada di bawah tangan orang-orang yahudi, mereka bebas melakukan apa sahaja terhadap penduduk-penduduknya, menumpahkan darah-darah mereka dan memusnahkan kehidupan mereka, dan para ibubapa menyaksikan detik berpisah dengan anak-anak mereka, para syuhada’ yang mulia, dan rumah-rumah menangis ketika melihat perarakan mengiringi para syuhada’ menuju ke tempat tinggalnya yang terakhir di dunia ini. Ironiknya, dunia Islam seluruhnya seolah-olah terbius, tiada pembelaan yang sewajarnya dilakukan seolah-olah isu Masjidil Aqsa ini langsung tiada kaitan dengan dunia Islam.

Sedarlah bahawa menjadi sesuatu yang sangat bahaya apabila sensitiviti terhadap islam itu telah mati, nyenyak dalam tidurnya. Ketahuilah, bahawa menjadi sesuatu yang sangat genting apabila umat Islam sibuk dengan perkara-perkara remeh, salah faham dan saling berselisisih pendapat dalam menentukan halatuju mereka yang akhirnya memalingkan mereka daripada jalan yang benar dan misi yang agung. Sesungguhnya risalah Islam yang mulia dan jihad Nabi SAW bersama para sahabatlah yang memberikan kehidupan ini erti yang sebenar, dan tidak sepatutnya bagi pendukung-pendukung agama yang agung ini untuk redha dengan kehinaan dan kelemahan, sedangkan perlembagaannya yang kekal (Al-Quran) telah menetapkan:

“Dan kehebatan itu hanya bagi Allah, Rasulnya,dan orang-orang yang beriman”. (Al Munafiqun: 8 )

Dan Rasulullah SAW bersabda:

“Sesiapa yang memberikan kehinaan pada dirinya tanpa dipaksa maka dia bukanlah dari kalanganku”.

Sesungguhnya satu-satunya jalan untuk mendapatkan semula Masjidil Aqsa telah jelas, lebih jelas dari cahaya matahari, iaitulah Jihad di jalan Allah dan syahid demi menyelamatkan umat ini. Allah SWT berfirman yang maksudnya:

“Diizinkan bagi orang-orang yang diperangi (untuk berperang) kerana mereka dizalimi dan Allah Maha berkuasa membantu mereka” (Al Haj: 39)

Dan orang-orang yang berjihad di jalan Allah demi membantu orang-orang yang dizalimi, dan demi membalas kejahatan, permusuhan, penjajahan, dan kerosakan mereka sahajalah yang akan dikurniakan kehidupan yang sebenar. Adapun mereka yang menghina orang-orang yang meminta pertolongan mereka ketika susah dan bencana, dan tidak menyahut seruan orang yang dizalimi maka merekalah orang-orang yang keluar dari dunia dalam keadaan tidak dimaafkan bagi mereka dan tidak akan dikasihani oleh seorang pun. Renungilah maksud firman Allah SWT:

“Maka langit dan bumi tidak menangisi pemergian mereka dan mereka tidak diberikan penangguhan waktu.” (Ad Dukhon: 29)

Hari ini kita menyambut Isra’dan Mi’raj dengan kita meyakini keagungannya. Justeru itu keyakinan ini hendaklah diikuti aqidah yang teguh dan keikhlasan hati dalam melaksanakan ajaran kebenaran (Islam) ini dari sudut ibadat, muamalat, dan akhlak kerana sesungguhnya jika benarlah amalan dan keikhlasan yang berada di dalam diri kita nescaya kita akan mampu — dengan izin Allah — untuk berjaya didalam segala aspek kehidupan, dan berjaya menutup segala pintu-pintu putus asa, kegagalan dan kelemahan.

Sesungguhnya tanggungjawab umat — pemerintah dan rakyat — pada saat ini adalah terlalu besar, dan pada hari ini Baitul Maqdis — pusat dunia Islam — dan sekelilingnya meraung sebagai orang-orang yang dizalimi dan dihina dengan penindasan mereka yang paling memusuhi orang-orang yang beriman… Keadaan Masjidil Aqsa hendaklah menjadi agenda utama umat Islam hari ini, dan juga bagaimana cara untuk mengembalikannya semula ke tangan umat Islam. Kita perlu menggunakan semua wasilah-wasilah yang dibenarkan oleh syara’ untuk merealisasikan tujuan ini. Inilah perkara yang wajib dilakukan dan misi yang agung. Inilah peristiwa yang mulia di antara peristiwa-peristiwa dan salah satu tanda yang agung di antara tanda-tanda kebesaran Allah SWT.

“Sesungguhnya pada perkara tersebut terdapat peringatan bagi mereka yang mempunyai hati atau orang yang menggunakan pendengaran sedang dia menyaksikannya.” (Qaf : 37).

Tuesday, June 28, 2011

baik buruk muka buku dalam kehidupan manusia



Assalammualikum dan salam satu Malaysia..
lame x update kn...ni la ade mase sikit nk tgu g klaz hihi..harap korng suke layout bawu ni..
haa..ni ade post bawu afiq letak cube la bace yg suke ber mukabuku..hihi..

facebook? aku ader, kau ader, korang pun ader.. facebook atau muka buku ni bagus jugak kadang sebab ia sebagai media pengantara, media untuk mempromosi dan macam2 lagi.. yang x bgus nye sebagai media mngutuk, mencaci dan media bergaduh ada jugak tuk sape2 yg nk cari jodoh and ambik jodoh org..haha..mcm2 la muka buku ni....


shout di status A
benci nye aku ngn perempuan tu.. dah laa hodoh, mulut busuk plak tu

balasan di shout B
ader aku kisah? kau tu dan laa gemok, jantan tak hensem plak tu

tu antara contoh2nye laa.. x der kene mengena ngn saper2 pun.. so ni antara mende yang menjadikan facebook sebagai media pengantara yg x best.. kau cakap pasal aku ye.. x per aku cakap paal kau plak.. yg mangkuknye tu, dua2 tu friend kita, so secara x langsung kita tahu depa gaduh..


contoh lain


shout A
aku geram sungguh dengan seseorang hari ni.. makan hati dan makan dalam kata2 nye


org yg terasa pula shout (B)
saya ingin minta maaf terutama kepada *nama* atas kekhilafan dan keterlanjuran saya


so berbaik2 la mereka. ni plak antara yg agak bagus laa.. kite kias2 bgtau kite terasa hati dan org yg terasa hati minta maaf secara terbuka.. lenkali buat lagi dan minta mahap lagi.. proses berulang sampai biler2.. ni pun secara x langsung kite tau mmber kta gaduh rupernyer.. nampak ok tapi makan hati dua2.. so esok tu ader laa modal nk gosip kat opis.. hahaha


yang lain pula bile pasanagn berchenta


shout A
rindu nyer ngn baby boochuk.. sayang die sangat2.. tak tahan rase rindu di hati


shout B
kasih sayang baby pada hubbyyy busyuukk sangat tinggi.. x tercapai dek akal mu.. rase nk kiss die je..


hmm.. tgah berchenta kentut pun wangi.. mule2 best laa bace.. lame2 mual kot.. loya2 tekak macam alahan org mengandung.. ni pun kalau dua yg shout adalah kawan kite mmg lame2 rase nk shout and shoot je kat diorang balik.. boleh customize kot bagi komen tu gf/bf kau je yg bace.. org lain pun berchenta tapi x heboh sekampung..


ikutkan boleh je nk skip bace status depa kat home tapi kalau every 5-10 minutes update acam ne nk skip je tu.. remove ja laa dari friendlist.. nanti depa dh kawen slow laa update status.. then time tu baru kawan balik..


ok last.. ni situasi dimana kalau og yg berchenta seperti di atas bergaduh yg mengakibatkan clash..


shout A
sudahlah! betina macam kau petik jari sepuluh mari.. aku pun x hingin kat kau.. bukannya lawa pun


shout B
x guna punye jantan.. duit kereta kau pun aku yang bayar nak banyak bunyik plak.. duit x seberapa jangan mimpi laa nk ader awek


hah time ni leh laa korang berfriend semula ngn depa.. sebab best tgok drama swasta ni.. mau yusuf haslam amik depa buat skrip untuk filem cinta melayu leleh2 air mata lenkali..


bile dlm situasi macam ni kite jgn simbah minyak.. ye laa ron 97 pun mahal, ron 95 dengar nk air harga.. simbah air pun jangan sebab akan merebakkan api lagi.. kite simbah pasir je kat depa.. kene ader someone kat situ yg tego depa.. kalau boleh org yg depa hormat.. nk gaduh g private message.. hah kat situ x der sape bace..


so ni laa antara mende2 yg aku boleh pk wat mase ni.. antara baik dan buruk facebook.. kalau baik kite gunakan maka baiklah ia, kalau digunakan dengan x baik maka x baiklah ia.. sebab banyak mende2 teknologi ni dicipta untuk senangkan manusia, untuk manusia enjoy tapi tu laa manusia jugak la nk suke bikin spoil.. suke bikin kacau.. tgok afiq rilex je.. x kacau pun hihihi..
selamat beramal..:)





p/s : x der kene mengena antara hidup dan mati..

Sunday, June 12, 2011

sorry



















asalamualikum,salam sejahtera dan salam 1 Malaysia..

.maaf k fmly belog sayer and rakan2 blogwalker...nk upgrade belog sayer ni..
harap korang bersabar k...dh setahun lebih..samer je sumer..
ni la msnyer nk upgrade...jmpe g...salam...'

-senyum selalu...senyum itu sedekah...

Wednesday, June 8, 2011

WANITA YG MULIA DLM PANDANGAN ALLAH

Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Nabi s.a.w bersabda :
"Sebaik-baik wanita adalah apabila engkau pandang dia maka dia
menggembirakan, bila engkau perintah dia taat, bila engkau tiada dia
menjaga hartamu dan menjaga pula kehormatan dirinya."


Ada sebuah riwayat bahawa pada zaman Nabi s.a.w ada seorang lelaki yg akan
berangkat utk berperang di jalan Allah. Dia berpesan kepada isterinya,
"Wahai
isteriku ...janganlah sekali-kali engkau meninggalkan rumah ini sehingga
aku kembali."
Secara kebetulan ayahnya menderita sakit...maka wanita tadi
mengutus seorang lelaki menemui Rasulullah s.a.w. Baginda bersabda kepada
utusan itu,
"Agar dia taati suaminya." Demikian pula wanita itu mengutus
utusannya bukan hanya sekali sehingga akhirnya dia mentaati suaminya &
tidak berani keluar rumahnya. Maka ayahnya meninggal dunia tetapi dia tetap tidak
melihat mayat ayahnya. Dia tetap sabar sehingga suaminya pulang. Maka Allah
memberi wahyu kepada Nabi yg berbunyi,
"Sesungguhnya Allah telah mengampuni
wanita tersebut disebabkan ketaatannya kepada suaminya. Dalam riwayat yang
lain mengatakan bahawa Allah turut mengampuni dosa ayahnya disebabkan
ketaatan anaknya itu.

Inilah sebenarnya perkara yg menyebabkan wanita diredhai oleh Allah
bukannya dalam persamaan hak yang seperti dituntut oleh penjahil agama. Sedangkan
dalam peristiwa Israk Mikraj, Nabi telah melihat ke dalam syurga yang mana Allah
masuk wanita ke dalam syurga 500 tahun lebih awal dari suami mereka...dan
bila melihat ke dalam neraka Nabi dapati 2/3 dari penghuninya adalah
wanita.Oleh itu takutilah kita semua akan ALLAH....

http://mahabbahislamiyah.blogspot.com

Kecantikan Lelaki

Kecantikan seorang lelaki bukan kepada rupa fizikal tetapi pada murni rohani

Lelaki yang cantik...............

Adalah lelaki yang mampu mengalirkan airmata untuk ingatan,

Adalah lelaki yang sedia menerima segala teguran,

Adalah lelaki yang memberi madu, setelah menerima racun,

Adalah lelaki yang tenang dan lapang dada,

Adalah lelaki yang baik sangka dan,

Adalah lelaki yang tak pernah putus asa.

Kecantikan lelaki berdiri di atas kemuliaan hati

Seluruh kecantikan yang ada pada Muhammad yang umi

Adalah kecantikan yang sempurna seorang lelaki.

Kegagahan Wanita

Kegagahan seorang wanita bukan kepada pejal otot badan,tetapi pada kekuatan perasaan,

Perempuan yang gagah.................

Adalah perempuan yang tahan menerima sebuah kehilangan,

Adalah perempuan yang tidak takut pada kemiskinan,

Adalah perempuan yang tabah menanggung kerinduan setelah ditinggalkan,

Adalah perempuan yang tidak meminta-minta agar di penuhi segala keinginan,

Kegagahan perempuan berdiri di atas teguh iman,

Seluruh kegagahan ini ada pada Khatijah yang ehsan.

Adalah kegagahan sempurna bagi seorang perempuan.

Cinta bukanlah kata murah dan lumrah dituturkan dari mulut ke mulut tetapi cinta adalah anugerah Tuhan yang indah dan suci jika manusia dapat menilai kesuciannya
.


Wanita kekuatan Bagi Lelaki

Jangankan lelaki biasa,nabi pun terasa sunyi tanpa wanita.
Tanpa mereka, fikiran dan perasaan lelaki akan resah.
Masih mencari walau ada segalanya.
Apa yang tiada dalam syurga?
Namun adam tetap rindukan hawa.

Dijadikan wanita daripada tulang rusuk yang bengkok.
Untuk diluruskan oleh lelaki.
Tetapi seandainya lelaki itu sendiri tidak lurus,
Mana mungkin kayu yang bengkok menghasilkan baying yang lurus.

Luruskanlah wanita dengan jalan yang ditunjuk oleh Allah,
Kerana mereka diciptakan sebegitu rupa oleh Allah.
Didiklah mereka dengan panduan darinya.
Jangan cuba menjinakkan mereka dengan harta,
kerana nantinya mereka semakin liar.
Janganlah hiburkan mereka dengan kecantikan,
kerana nantinya mereka akan semakin derita.
Kenalkan mereka kepada Allah, zat yang kekal. Di
situlah punca kekuatan dunia.

Akal senipis rambutnya, tebalkanlah ia dengan ilmu.
Hati serapuh kaca, kuatkanlah ia dengan iman...
Perasaan selembut sutera, hiasilah ia dengan akhlak.

Suburkanlah ia kerana dari situlah nantinya...
Mereka akan lihat nilaian dan keadilan Rab...
Bisikkan ke telinga mereka bahawa kelembutan bukan suatu kelemahan..
Ia bukan diskriminasi Allah...sebaliknya di
situlah kasih dan sayang Allah...

Wanita yang lupa hakikat kejadiannya...
Pasti tidak akan terhibur, dan tidak akan
menghiburkan...
Tanpa iman, ilmu dan akhlak..mereka tidak akan lurus...
Bahkan akan semakin membengkok...
Itulah hakikatnya andai wanita tidak kenal
Rabbnya...

Bila wanita menjadi derhaka...pasti dunia lelaki
akan menjadi huru hara....
Lelaki pula janganlah mengharapkan ketaatan
semata-mata...
Tapi binalah kepimpinan...
Pastikan sebelum wanita menuju ilahi, pimpinlah
diri kepadanya...
Jinakkan diri kepada allah...
Nescaya akan jinaklah segala-galanya di bawah
pimpinanmu...
Janganlah mengharapkan isteri semulia Fatimah
Az-Zahra'
Seandainya dirimu tidak sehebat saidina Ali
karamallahuwajhah