Hidup (al-hayat) dari sudut bahasa membawa maksud: lawan bagi mati.Dalam pengistilahan bahasa arab dinyatakan bahawa setiap yang mempunyai roh adalah disifatkan sebagai hidup. Mengikut pandangan Syarak,setiap sesuatu yang mempunyai roh adalah hidup. Sebagaimana firman Allah swt:
Kemudian Dia yang menyempurnakan dan meniupkan kedalam (tubuh)nya roh(ciptaan)Nya dan Dia menjadikan bagi kamu pendengaran,penglihatan dan hati, (akantetapi) sedikit sekali dikalangan kamu yang bersyukur. (As-Sajadah: Ayat 9)
Sementara kematian (al-maut) dari segi bahasa adalah lawan bagi hidup. Asal mati dalam penggunaan bahasa arab ialah as-sukun(tidak bergerak),maka setiap yang tidak bergerak adalah mati. Dalam Kamus Muhith dinyatakan bahawa mati adalah sesuatu yang tidak mempunyai roh.Adapun mati pada pandangan Syarak bermaksud perpisahan roh dari jasad.Mengikut ahli sunnah wal jamaah mati adalah lawan bagi hidup dan ia adalah sesuatu yang pasti dan wujud sebagaimana firman Allah swt:
Yang menjadikan mati dan hidup, supaya Dia menguji kamu, siapa di antara kamu yang lebih baik amalnya. Dan Dia Maha perkasa lagi Maha Pengampun.(Al-Mulk: Ayat 2)
Oleh kerana itu,penafsiran mati terhadap sesuatu yang tidak hidup adalah penafsiran yang sewajarnya,ini kerana apabila adanya hidup maka tidak dikatakan sesuatu tersebut mati,oleh itu apabila terjadinya mati sudah tentu akan hilang kehidupan. Dari sudut lain,Allah swt membuat persamaan antara mati dengan tidur, disebabkan pada waktu tidur berlakunya perpisahan roh yang sementara lalu jasad menjadi tidak bergerak. Firman Allah swt:
Dan Dialah yang menidurkan kamu di malam hari dan Dia mengetahui apa yang kamu kerjakan pada siang hari, kemudian Dia membangunkan kamu pada siang hari untuk disempurnakan (umur kamu) yang telah ditentukan kemudian kepada Allahlah kamu kembali, lalu Dia memberitahukan kepadamu apa yang dahulu kamu kerjakan. (Al-An'am: Ayat 60)
Bekalan Menghadapi Kematian
No comments:
Post a Comment