Wednesday, March 16, 2011

Allah’s always with you, and you?

Just want to share a little thought of mine. Have you listened to the song on the right side of this blog? No need to see lah~ obviously you’re listening to it right now :)

‘Allah (SWT) maybe You are busy’

This phrase caught my ears. Have we ever thought that Allah (SWT) is busy? Busy with someone else other than us and Allah (SWT) is not listening to you the moment you are calling and praying for his mercy, love and help? Allah (SWT) always have time for us. It’s just us that seems like hard on spending extra time with Allah (SWT). We only spend our precious time with Him during our prayer times, minimum 5mins or 2mins without all the wirid and short doa only and maximum half an hour praying, reciting ma’thurat and reading Al-Quran. When we are still praying, our mind will always lingers at somewhere else, such as ‘ok ta ku laju2kn solat, nnt la OR Alah, lmbtnyer..nk makan lagi ne, lapar parutku ne, aku makan dulu tdi, baruku solat’ OR Sabar FB , kajap g aku reply comment org, ah! baru ku ingat,ada lagi gambar yang ku blum upload, eh? kn melihat gambar aku blh dapat gak ku komen2 OR - kamu sumer tawu-

i'm busy

To be honest, all these happened to me too, that’s why I have idea on what to write (nah~kedapatan tia~). Tapi true lah, nda dinafikan. Hati tani ne rasa kan tani mau penuhkan selalu dengan ingat Allah (SWT), sayang Allah (SWT) mengatasi segalanya, TAPI PAYAH KAN? napa tu ah? Hati kotor? Dunia menggoda? Belum ada kesedaran? Ada yang lebih dicintai dari Allah (SWT)? PASTI ada! Jom tani istighfar sama2, astaghfirullahalazim…astaghfirullahalazim…astaghfirullahalazim..


tasbih kafarah


“Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu tentang Aku, maka sesungguhnya Aku dekat, Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepadaKu.” (Al-Baqarah: 186)


Sunday, March 13, 2011

segala-galanya hanya kerana Dia


"Janganlah cita-citamu tertuju pada selain Allah.
Harapan seseorang tak akan dapat melampaui
Yang Maha Pemurah."
"Pinta tiada tertahan selama kamu memohon
kepada Tuhan.
Namun, pinta tiada mudah bila pada dirimu sendiri
kamu berserah."
"Yang penting bukanlah adanya permohonan,
melainkan bahawa kamu diberi kesopanan."
"Jangan menuntut Tuhanmu kerana permohonanmu
belum dikabulkan.
Namun, tuntutlah dirimu sendiri yang kurang sopan."
"Sebaik-baik permohonan yang harusnya kamu
ajukan kepada Allah adalah apa yang dituntut
Allah untuk kamu lakukan."

[Imam Ibnu 'Athaillah as-Sakandari]


*****

Malam itu saya bermimpikan sesuatu dan
saya terbangun awal pagi.
Saya belajar sesuatu daripada mimpi itu.
Sebenarnya bukan kita yang memilih
sesuatu dalam hidup kita.
Tetapi Allah yang memilih kita dan memilih
jalan hidup kita.
Dia yang berkuasa penuh di atas segala
ketentuan hidup kita.
Dia menjaga kita pada setiap masa tanpa
penat dan jemu.
Dia melindungi kita tanpa pernah merungut.
Dia menyayangi kita sebelum kita menyayangiNya.
Dia sentiasa mahukan yang terbaik untuk kita!
Mengapa perlu kita meraguiNya?
Cukuplah pergantungan hanya pada Dia...

Terlalu banyak perkara yang tidak pernah
saya terfikir kini telah pun berlaku dalam hidup saya.

Mak kata "Allah memberikan along ganti yang lebih baik
berkat kesabaran along..."

dan mak kata lagi "Utamakan yang lebih afdhal..
Di situlah redha Allah,"

Inshaallah mak... i'll do my very best!

Cinta padaNya terlalu manis hingga
yang pahit itu tidak terasa... YAKIN!


Ya Allah... aku tidak mahu menyesal.. aku mahu mengingati Mu
setiap detik dan saat dalam hidupku..

Sendiriku Menyapa Rembulan





Yaa ALLAH
HidUp seNdiri meRenuNgi keHampaAn,
MemAndaNg LanGit beRcahAya buLan pUrnaMa,
ResAh tiAda hEnTi meNgeLiLingi rUanG hAti,
TuhAn bEri aku jaLan keBebAsaN,
UntUk meNujU RidhA_Mu,
BeRsamA orAnG yaNg Aku kAsiHi,

Yaa ALLAH
Sendiri ku menatapi Kegelisahan
Dengan terus menaiki Tiang kehidupan
Tak beranjak Dari sela-sela permasalahan
Ingin ku meneteskan perasaan yang pilu ini
Tapi ku tak punya duri untuk menusukkannya

Menatap indahnya malam yang di selimuti cahaya Rembulan
Merindukan seseorang yang bisa mengerti kehidupan yang kelam
Akan kah ini semua berakhir dengan tetesan air mata
Termenung dalam semua kegelisahan yang ada
Berdesir kata dalam hati
Inikah jalan takdir yang harus ku jalani

Yaa ALLAH
Tunjukanlah Jalan untuk menuju Ridha Mu
Bersama orang yang bisa Membimbingku
Untuk mencari Cinta yang hakiki
Agar Ku tak kan S’lalu Sendiri
Menatapi Ruang Hampa Kehidupan

Betapa Indahnya
Jika ada yang mencintaiku
Seperti dia mencintai MU dengan Sejuta ketulusan hatinya
Karna Aku ingin Di cintai Karana Mu Yaa ALLAHU RABBI…

kerinduan



Sa’at pagi datang menjelang….
teringat akan Diri Mu….
tuturkata mu yng manja…..
canda gurau mu yang selalu membuat aQ tersenyum….
tp,mengapa….????mengap Hati aQ hancur seakan aQ tak sanggup dengan semua kenyataan itu….??!!
disaat awk ucapkan kata perpisahan….
aQ seperti ingn meraung…
aQ ingn mencurahkan semua rasa yang ada dihati …
aQ tak sanggup melepas kepergianmu….
walaupun itu untuk sementara….
aQ takut kehilangan dirimu dan cintamu….
aQ takut kehilangan sinar dirimu….
aQ mohoonn…jangan sering kau tinggalkan aQ….aQ perlukan dirimu disini….yang akan mejaga n menemani aQ…
disetiap langkah n waktu ….

selamanya nama mu akan terukir indah dalam sanubariku ….

Thursday, March 10, 2011

Ku Biar Kalam berbicara

Hidup dalam dunia ini adalah untuk bersyukur,
Bersyukur kepada orang yang menyakiti kamu kerana dialah yang menabahkan kamu,
Bersyukur kepada orang yang menipu kamu kerana dia yang meningkat pengetahuan kamu,
bersyukur pada orang yang tidak mengendahkan kamu kerana dialah yang memupuk kamu berdikari,
Bersyukur pada orang yang menjatuhkan kamu kerana dialah yang memperhebatkan abiliti kamu,
Bersyukur pada orang yang menyiksa kamu kerana dialah yang menguji kesabaran kamu,
Bersyukur dengan segala ujian dari-Nya kerana semua itu meningkatkan iman kamu, Moga Redha Allah sentiasa bersamamu selalu..

seorang teman yang amat istimewa dalam hidupku sering mengatakan aku ni seorang yang baik, namun disebaliknya aku tidak pernah berasakan aku ni baik malah aku sering terasa aku ni banyak kekurangan dan kelemahan, aku banyak melakukan kesilapan dalam hidupku walaupun orang lain tidak tahu namun Allah swt maha mengetahui, apabila ada yang memuji aku akan terasa seolah - olah seperti aku dipersendakan oleh diriku sendiri, ditertawa dan berbagai - bagai lagi perasaan yang bercampur baur. aku akui aku memiliki banyak kelemahan dan banyak melakukan kesilapan, dan aku juga tertarik dengan kata - kata seorang temanku yaitu 'setiap kebaikan itu sering perlu dimulakan berkali - kali dalam hidup kita, kerana kita sering dikelilingi kesilapan' dan itulah diriku, aku sering kali terpaksa memulakan sesuatu kebaikan banyak kali kerana kaki ku kerap kali tersadung kayu kejahilan, Ya Allah Selamatkan hambaMu ini wahai tuhanku kerana aku lemah Dan tidak berdaya

Kerana aku sayang kamu




Diamku tak bererti aku membenarkan
Bukan juga mengiyakan apa saja yang kau lakukan
Bisingku tidak bererti aku menyalahkan
Bukan juga melukakan
Tapi kerana aku amat menyayangimu
Maka aku cuba sedaya yang termampu
Menarikmu bersama mencari keredhaan-Nya
Di bumi yg terbentang luas ini


Kerana sayangku kepadamu
Maka aku cuba... dan terus mencuba!
Aku tak mahu berjalan mencari cahaya seorang diri
Dan membiarkan kau tergapai-gapai dalam kegelapan
Andai aku jumpa jalan

Tak akan kubiar kau sesat mencari jalan pulang
Aku akan! Itu janjiku!
Tapi hari ini hatiku benar-benar terguris
Terguris dengan tindakanmu
Terguris dengan janji palsumu untuk bersama-samaku mencari cahaya

Dan hati ini tiba-tiba timbul rasa benci
Benci kepada manusia yang menarik kau kembali ke jalan yang gelap

Hampir saja hari ini aku mungkiri janjiku itu
Namun tiba-tiba aku sedar
Andai ku biar janjiku itu terkubur bersama amarahku
Aku sama saja sepertimu

Andai ku biar janjiku itu terkubur bersama amarahku
Pasti si durjana bersorak gembira atas kelemahan jiwa mujahid ini

Andai ku biar janjiku itu terkubur bersama amarahku
Pasti, pasti pemilik cahaya itu akan bertanya kepadaku
Mengapa aku biarkan kau dalam kegelapan?
Aku tak mahu berjumpa dengan pemilik cahaya itu keseorangan..
Tak mahu..!

Kerana aku sayang kamu..
Maka aku akan cuba..dan terus mencuba!
Walau sekeping hatiku ini akan terluka teruk
Aku akan terus mencuba
Kerana aku sayang kamu, sahabatku!