Sunday, March 13, 2011

segala-galanya hanya kerana Dia


"Janganlah cita-citamu tertuju pada selain Allah.
Harapan seseorang tak akan dapat melampaui
Yang Maha Pemurah."
"Pinta tiada tertahan selama kamu memohon
kepada Tuhan.
Namun, pinta tiada mudah bila pada dirimu sendiri
kamu berserah."
"Yang penting bukanlah adanya permohonan,
melainkan bahawa kamu diberi kesopanan."
"Jangan menuntut Tuhanmu kerana permohonanmu
belum dikabulkan.
Namun, tuntutlah dirimu sendiri yang kurang sopan."
"Sebaik-baik permohonan yang harusnya kamu
ajukan kepada Allah adalah apa yang dituntut
Allah untuk kamu lakukan."

[Imam Ibnu 'Athaillah as-Sakandari]


*****

Malam itu saya bermimpikan sesuatu dan
saya terbangun awal pagi.
Saya belajar sesuatu daripada mimpi itu.
Sebenarnya bukan kita yang memilih
sesuatu dalam hidup kita.
Tetapi Allah yang memilih kita dan memilih
jalan hidup kita.
Dia yang berkuasa penuh di atas segala
ketentuan hidup kita.
Dia menjaga kita pada setiap masa tanpa
penat dan jemu.
Dia melindungi kita tanpa pernah merungut.
Dia menyayangi kita sebelum kita menyayangiNya.
Dia sentiasa mahukan yang terbaik untuk kita!
Mengapa perlu kita meraguiNya?
Cukuplah pergantungan hanya pada Dia...

Terlalu banyak perkara yang tidak pernah
saya terfikir kini telah pun berlaku dalam hidup saya.

Mak kata "Allah memberikan along ganti yang lebih baik
berkat kesabaran along..."

dan mak kata lagi "Utamakan yang lebih afdhal..
Di situlah redha Allah,"

Inshaallah mak... i'll do my very best!

Cinta padaNya terlalu manis hingga
yang pahit itu tidak terasa... YAKIN!


Ya Allah... aku tidak mahu menyesal.. aku mahu mengingati Mu
setiap detik dan saat dalam hidupku..

No comments: